PENGHASILAN BAJA KOMPOS
Taman Lestari kami menghasilkan baja dan racun serangga sendiri secara organik.
Ini dapat memastikan sayuran yang kami hasilkan juga organik serta tanah tidak tercemar dengan bahan kimia dari racun serangga kerana kami menggunakan racun serangga secara semulajadi.
Penghasilan baja kompos bermula dari sisa makanan
Biasanya sakthy anak perempuan saya rajin mengumpul dan menyimpan sisa makanan yang kita guna untuk masak
Secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan pembuangan sampah sarap kerana saya guna konsep kitar semula
Selamatkan bumi kita
Seterusnya, letakkan biocatalyst(boleh guna yakult atau yis). Ini bertujuan untuk menguraikan sisa makanan dengan lebih mudah dan cepat.
Ini adalah tong baja kompos yang kami gunakan
Selepas seminggu, kami akan masukkan sisa makanan ini ke dalam tanah untuk proses pereputan seterusnya dan tunggu selama 2 minggu.