Thursday 6 September 2018

         KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SAINS SPM 2018


Kali ini saya nak share soalan Percubaan Sains SPM 2018 pula. Semoga mencuba dan berjaya

Sila klik link dibawah


Saturday 1 September 2018

Koleksi Soalan Percubaan Sains PT3 2018

Sila klik link di bawah untuk dapatkan soalan dan jawapan soalan Perlis, SBP, Kelantan dan SMK Desa Kencana


Semoga dapat membaca dan memahami semua soalan PT3 yang cikgu masukkan dan mendapat keputusan cemerlang dalam PT3





Friday 31 August 2018

Membuat Kertas dari Batang Pisang - Teknologi Hijau

             Pelajar tidak sangka dapat menghasilkan kertas dari Batang Pisang. Pada mulanya saya tanya pada mereka kenapa kita perlu menggunakan batang pisang. Pelajar berikan respons yang sangat membina. Lepas itu mereka pun mula buat kertas. Pelajar 5AK1 sangan teruja juga. Sebab pertama kali nak hasilkan kertas kan. Bersungguh-sungguh mereka buat aktiviti ini. Baru nampak hands -on. Terima kasih yam kerana sanggup mencari batang pisang untuk kak Neela yang tersayang ini.
Prosesnya sangat mudah:

1. Rendam batang pisang semalaman dalam air

2. Kisar halus batang pisang

3. Gunakan pengayak untuk asingkan serat pisang

4. Tapiskan air dan jemur

5. Siaplah kertas. Boleh kita hias mengikut kreativiti masing-masing.









Apabila setiap individu sedar yang setiap apa yang kita buang sebenarnya boleh digunakan balik iaitu KitarSemula, maka Malaysia boleh jimatkan banyak kos Pelupusan Sampah dan dapat menjaga alam sekitar. Hasilnya Malaysia sentiasa bersih dan cantik. Sayangi Malaysiaku...

Membuat Sabun dari Minyak Masak Terpakai - Teknologi Hijau

Akhirnya dapat juga membuat Sabun dari Minyak Masak Terpakai dari modul Teknologi Hijau untuk Kelas 5 Sains Teknologi. Pelajar kelas ini sangat teruja dan telah mebawa semua bahan yang saya minta. You're the best. Baru pelajar nampak akan penggunaan Konsep Kimia dalam kehidupan seharian dan dalam masa yang sama dapat menerapkan Sikap Kitar Semula. 







Pelajar 5 Sains Teknologi sibuk menghasilkan sabun dari minyak masak terpakai. Tengoklah betapa gembiranya mereka.






Ini adalah hasi sabun yang mereka hasilkan sendiri



31/8/2018 - Jumaat

Cuti Merdeka kan hari ini. Tapi kami sangat bersemangat untuk membuat kerja pada Hari Merdeka. Sebab kami tak sabar nak tengok Taman Lestari dan Taman Lestari Kosas kami menjadi lagi cantik dan berinformasi. Kami datang sekolah pukul 7.30 pagi.

Saya tanam Mulberry belakang kabin. Khor bagi saya anak pokok Mulberry. Lepas tanam, cabut rumput kat Taman Lestari. Panjang dan banyak pulak tu.

Husna dan Kak Azmah uruskan Taman Herba  Lestari Kosas kami. Cantik. Ini hasilnya.




Dah siap label. Thank you Mira sebab tolong laminate labelling. 


Kami memang berjaya wujudkan suasana Pertanian Bandar melalui kedua-dua taman ini. Kami mengharapkan pelajar SMK Taman Kosas dapat mempelajari banyak benda baharu melalui Projek Kitar Semula ini dan juga kewujudan Taman Lestari ini. Bersama-sama kita menanam lebih banyak tumbuh-tumbuhan untuk meningkatkan peratus oksigen dan mengurangkan peratus karbon dioksida. Kalau bukan kita siapa lagi yang bertanggungjawab pada bumi kita yang cantik ini.

Sesuatu perubahan bermula dari kita. Jangan sekali sekala mengharapkan orang lain untuk berubah bagi membolehkan sesuatu perubahan itu berlaku. Semua warga bumi bertanggungjawab untuk menyelamatkan tempat tinggak kita iaitu planet Bumi. I Love you dear Earth.



29/8/2018 - Khamis

Hari ini memang panjang rupanya. Waktu pdpc saya hari ini dahlah enam waktu, ada kutipan Minyak masak terpakai dan Kitar semula. Lepas itu saya kena prepare bahan untuk Roadshow Baja Kompos dengan pelajar 2 Arif pula. Sebab Roadshow kami mula pukul 1.10 tgh. Nasib baik ada Husna dan Kak Azmah untuk tolong. Mira kena pergi Program KIK. So tak dapat tolong.






Kali ini Dayang dan Ros buat presentation. Shima,Qis,Misha dan Fiqry tolong pelajar 2 Arif untuk membuat Baja Kompos. Nampaknya pelajar sesi petang lebih berminat dan menunjukkan komitmen yang tinggi untuk belajar buat baja kompos. Apa yang kami rancang pada hari sangat berjaya. Team Lestari sangat berpuas hati dengan Roadshow kami ini. 

19/8/2018- Ahad


Ini adalah sayur sisa yang kami kutip dari Pasar



Pada kebiasaannya hari Ahad kami akan pergi bersarapan di sebuah restoran untuk makan mee kari selepas kelas KARATE kami. Berhampiran restoran tersebut terdapat Pasar. Apa lagi yang nak tunggu. Saya telah meminta jasa baik suami saya untuk dapatkan sisa sayur untuk buat baja kompos. Terima kasih aunty.



Kami bawa sisa sayur itu ke sekolah dan buat Baja Kompos. Suka Sakthy dan Murthy. Sebab dapat buat Baja Kompos. Kita perlulah didik anak kita dari kecil untuk mengitar semula. Bak kata pepatah Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya. 

                                                                      27/8/2018- Selasa

                Hari ini memang menyeronokkan. Sebab kami telah pergi lawatan ke Sekolah SMK Dato Ahmad Razali untuk mempelajari Pengkomposan Baja Kompos dan juga melihat Pertanian Bandar yang diamalkan oleh sekolah tersebut. Pelajar-pelajar serta guru-guru sekolah mereka hebat-hebat belaka. Mereka menanam pelbagai jenis sayur secara besar-besaran. Antaranya serai, roselle, sawi, bayam, tomato dan banyak lagi. Sekolah itu ada pokok mangga, durian, nanas, pisang dan banyak lagi juga. Kami berasa seakan-akan berada di sekolah kampung apabila berada di sekolah tersebut. Pelajar Lestari dan Guru Lestari kami mendapat banyak maklumat hasil daripada lawatan ini.

               Pihak MPAJ iaitu Siti Mariam dan juga Puan Rose telah mengatur lawatan ini untuk sekolah kami. Terima kasih yang sangat terhingga Puan Ros dan Puan Siti Mariam. 

               Setiap hari saya belajar benda baharu sejak menyertai Team Lestari ini. Terima kasih kepada pihak MPAJ dan Smart Heritage untuk memberi peluang kepada sekolah kami untuk menyertai pertandingan ini.👍👍👍







18/8/2018-Sabtu

          Pada sabtu kali ini kami telah beralih ke Taman Baru pula. Kami ingin mewujudkan Taman Herba Lestari Kosas. Kami bercadang untuk menanam herba serta Bendi dan Terung di Taman ini. Taman Herba ini dah lama terbiar tanpa di usik. Jadi kami Team Lestari bercadang untuk membangunkannya. Beginilah hasil yang kami dapat. Memang puas hati walaupun kami bekerja sampai pukul 4.30 petang. 





Cantik tak 

LK itu bermaksudkan Lestari Kosas





      

Saturday 14 July 2018

LK Baja Kompos








Kami dah bersiap sedia denga 10 tong yang mempunyai sisa makanan

Apa lagi kami pun tanam dalam tanah

Selepas dua minggu kami akan proses dan menghasilkan baja kompos lagi

Satu pengalaman yang sangat menarik

Terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang memberi kami tunjuk ajar dalam mempelajari penghasilan baja kompos

Baja kompos LK Kosas

LK Baja Kompos selepas dua minggu

cantik kan

Hitam dan penuh dengan nutrien yang mesra alam

Tiada bahan kimia yang boleh mencemarkan tanah dan juga sayur kita

Baja kompos kami




Pelajar sekolah kami bertungkus lumus untuk membersihkan dan memproses Baja Kompos

Kami siap seal dan buat Packaging yang cantik

Kemudian apa lagi

Jual dekat cikgu Kosas

Meletup Jualannya

31 paket Baja Kompos habis jual dalam masa 2 jam

Terima Kasih cikgu Kosas

memang terbaik