Friday 31 August 2018

29/8/2018 - Khamis

Hari ini memang panjang rupanya. Waktu pdpc saya hari ini dahlah enam waktu, ada kutipan Minyak masak terpakai dan Kitar semula. Lepas itu saya kena prepare bahan untuk Roadshow Baja Kompos dengan pelajar 2 Arif pula. Sebab Roadshow kami mula pukul 1.10 tgh. Nasib baik ada Husna dan Kak Azmah untuk tolong. Mira kena pergi Program KIK. So tak dapat tolong.






Kali ini Dayang dan Ros buat presentation. Shima,Qis,Misha dan Fiqry tolong pelajar 2 Arif untuk membuat Baja Kompos. Nampaknya pelajar sesi petang lebih berminat dan menunjukkan komitmen yang tinggi untuk belajar buat baja kompos. Apa yang kami rancang pada hari sangat berjaya. Team Lestari sangat berpuas hati dengan Roadshow kami ini. 

No comments:

Post a Comment