Friday 31 August 2018

19/8/2018- Ahad


Ini adalah sayur sisa yang kami kutip dari Pasar



Pada kebiasaannya hari Ahad kami akan pergi bersarapan di sebuah restoran untuk makan mee kari selepas kelas KARATE kami. Berhampiran restoran tersebut terdapat Pasar. Apa lagi yang nak tunggu. Saya telah meminta jasa baik suami saya untuk dapatkan sisa sayur untuk buat baja kompos. Terima kasih aunty.



Kami bawa sisa sayur itu ke sekolah dan buat Baja Kompos. Suka Sakthy dan Murthy. Sebab dapat buat Baja Kompos. Kita perlulah didik anak kita dari kecil untuk mengitar semula. Bak kata pepatah Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya. 

No comments:

Post a Comment