Friday 31 August 2018

31/8/2018 - Jumaat

Cuti Merdeka kan hari ini. Tapi kami sangat bersemangat untuk membuat kerja pada Hari Merdeka. Sebab kami tak sabar nak tengok Taman Lestari dan Taman Lestari Kosas kami menjadi lagi cantik dan berinformasi. Kami datang sekolah pukul 7.30 pagi.

Saya tanam Mulberry belakang kabin. Khor bagi saya anak pokok Mulberry. Lepas tanam, cabut rumput kat Taman Lestari. Panjang dan banyak pulak tu.

Husna dan Kak Azmah uruskan Taman Herba  Lestari Kosas kami. Cantik. Ini hasilnya.




Dah siap label. Thank you Mira sebab tolong laminate labelling. 


Kami memang berjaya wujudkan suasana Pertanian Bandar melalui kedua-dua taman ini. Kami mengharapkan pelajar SMK Taman Kosas dapat mempelajari banyak benda baharu melalui Projek Kitar Semula ini dan juga kewujudan Taman Lestari ini. Bersama-sama kita menanam lebih banyak tumbuh-tumbuhan untuk meningkatkan peratus oksigen dan mengurangkan peratus karbon dioksida. Kalau bukan kita siapa lagi yang bertanggungjawab pada bumi kita yang cantik ini.

Sesuatu perubahan bermula dari kita. Jangan sekali sekala mengharapkan orang lain untuk berubah bagi membolehkan sesuatu perubahan itu berlaku. Semua warga bumi bertanggungjawab untuk menyelamatkan tempat tinggak kita iaitu planet Bumi. I Love you dear Earth.



No comments:

Post a Comment