Monday 21 May 2018

BAJA KOMPOS

PENGHASILAN BAJA KOMPOS

Taman Lestari kami menghasilkan baja dan racun serangga sendiri secara organik.

Ini dapat memastikan sayuran yang kami hasilkan juga organik serta tanah tidak tercemar dengan bahan kimia dari racun serangga kerana kami menggunakan racun serangga secara semulajadi.

Penghasilan baja kompos bermula dari sisa makanan




Biasanya sakthy anak perempuan saya rajin mengumpul dan menyimpan sisa makanan yang kita guna untuk masak 

Secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan pembuangan sampah sarap kerana saya guna konsep kitar semula

Selamatkan bumi kita

Seterusnya, letakkan biocatalyst(boleh guna yakult atau yis). Ini bertujuan untuk menguraikan sisa makanan dengan lebih mudah dan cepat.





Ini adalah tong baja kompos yang kami gunakan

Selepas seminggu, kami akan masukkan sisa makanan ini ke dalam tanah untuk proses pereputan seterusnya dan tunggu selama 2 minggu.


KOLEKSI SOALAN PT3


KOLEKSI SOALAN SAINS NEGERI LAIN PT3

Saya telah download beberapa set contoh soalan PT3

Harap dapat membantu kawan

Klik dibawah untuk dapatkan koleksi soalan negeri lain

Saturday 19 May 2018

Teknologi Hijau


JURULATIH TEKNOLOGI HIJAU

Cikgu cikgu yang inginkan bahan LADAP untuk Teknologi Hijau boleh dapatkan bahan tersebut disini.

Harap dapat membantu.

Antara bahan yang telah saya masukkan adalah:

1. Powerpoint slide untuk Bengkel Teknologi Hijau

2. Brochure berkaitan bengkel

3. Minit curai berkaitan Bengkel JU yang kita hadiri

4. Jawatankuasa dan Pelaksanaan Teknologi Hijau di sekolah

5. Contoh tapak laporan aktiviti

Sekiranya hendak dapatkan bahan tersebut, sila klik disini.




Friday 18 May 2018

Taman Lestari -19 Mei 2018 
Hari Sabtu,cuti sekolah
Tapi saya sanggup bangun pukul 6.00 pagi
Nak berkebun dengan Kak Norizah

Sampai sekolah terus bercucuk tanam
Kami tanam ubi kayu dan jagung


Kak Norizah pula tanam sayur kailan dalam bekas polistirena




Taman Lestari kan

Kena fikir barang yang kitar semula

Kami sempat buat Tong Kitar semula

Lihatlah idea kami



TAMAN LESTARI SMK TAMAN KOSAS

   Idea Taman Lestari telah wujud apabila Pengetua kami mencadangkan sekolah kami menyertai Pertandingan Cintai Alam Sekitar oleh MPAJ. Kami team Lestari telah mengusahakan satu tempat yang boleh dikatakan gersang di sekolah kami sehingga menjadi satu Taman yang dikatakan bagaikan Taman Kampung Asli.😄

Apa beza Taman Lestari dengan Taman yang biasa ada di sekolah. Taman yang biasa kita jumpa disekolah ialah Taman Herba,Taman bunga,Laman Bunga dan sebagainya.

Ini adalah masa kami bergotong-royong di Taman Lestari kami.





Kami bekerja sampai ke petang.
Panas dan berpeluh-peluh kami mengusahakan Taman Lestari kami.
Walaupun sangat penat tapi kami sangat seronok dapat bertani walaupun duduk dekat bandar.
Kami dapat merasa menjadi petani bandar.
Terasa duduk kat kampung dan teringat masa zaman kanak-kanak membantu emak saya bercucuk tanam.

Ini adalah antara hasil yang kami dapat selepas beberapa minggu mengerjakan Taman Lestari kami.







Cantik Kan

Saya dapat banyak idea kitar semula dari internet untuk buat Taman Lestari. Antaranya:




Ini pun menarik juga:
Terkilan saya tengok:





CINTAI ALAM SEKITAR


  1. Melibatkan penyertaan semua warga kosas dalam mengumpul minyak terpakai dan sisa makanan dari rumah.
  2. Menjual minyak terpakai dan baja kompos yang dihasilkan kepada MPAJ, Smart Heritage Sdn. Bhd. dan orang perseorangan bagi mengumpul pendapatan untuk sekolah.
  3. Membuka minda semua warga kosas akan kepentingan kesihatan jantung kerana bahaya penggunaan minyak masak terpakai berulang kali.
  4. Membuka minda semua warga kosas akan kesan pengumpulan dan pengurusan sampah yang baik, boeh memulihara persekitaran.
  5. Semua warga kosas secara aktif mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar.
  6. Melahirkan warga kosas yang peka kepada persekitaran dan perubahan persekitaran masa hadapan.