Friday 31 August 2018

                                                                      27/8/2018- Selasa

                Hari ini memang menyeronokkan. Sebab kami telah pergi lawatan ke Sekolah SMK Dato Ahmad Razali untuk mempelajari Pengkomposan Baja Kompos dan juga melihat Pertanian Bandar yang diamalkan oleh sekolah tersebut. Pelajar-pelajar serta guru-guru sekolah mereka hebat-hebat belaka. Mereka menanam pelbagai jenis sayur secara besar-besaran. Antaranya serai, roselle, sawi, bayam, tomato dan banyak lagi. Sekolah itu ada pokok mangga, durian, nanas, pisang dan banyak lagi juga. Kami berasa seakan-akan berada di sekolah kampung apabila berada di sekolah tersebut. Pelajar Lestari dan Guru Lestari kami mendapat banyak maklumat hasil daripada lawatan ini.

               Pihak MPAJ iaitu Siti Mariam dan juga Puan Rose telah mengatur lawatan ini untuk sekolah kami. Terima kasih yang sangat terhingga Puan Ros dan Puan Siti Mariam. 

               Setiap hari saya belajar benda baharu sejak menyertai Team Lestari ini. Terima kasih kepada pihak MPAJ dan Smart Heritage untuk memberi peluang kepada sekolah kami untuk menyertai pertandingan ini.👍👍👍







No comments:

Post a Comment