Friday 31 August 2018

Membuat Kertas dari Batang Pisang - Teknologi Hijau

             Pelajar tidak sangka dapat menghasilkan kertas dari Batang Pisang. Pada mulanya saya tanya pada mereka kenapa kita perlu menggunakan batang pisang. Pelajar berikan respons yang sangat membina. Lepas itu mereka pun mula buat kertas. Pelajar 5AK1 sangan teruja juga. Sebab pertama kali nak hasilkan kertas kan. Bersungguh-sungguh mereka buat aktiviti ini. Baru nampak hands -on. Terima kasih yam kerana sanggup mencari batang pisang untuk kak Neela yang tersayang ini.
Prosesnya sangat mudah:

1. Rendam batang pisang semalaman dalam air

2. Kisar halus batang pisang

3. Gunakan pengayak untuk asingkan serat pisang

4. Tapiskan air dan jemur

5. Siaplah kertas. Boleh kita hias mengikut kreativiti masing-masing.









Apabila setiap individu sedar yang setiap apa yang kita buang sebenarnya boleh digunakan balik iaitu KitarSemula, maka Malaysia boleh jimatkan banyak kos Pelupusan Sampah dan dapat menjaga alam sekitar. Hasilnya Malaysia sentiasa bersih dan cantik. Sayangi Malaysiaku...

No comments:

Post a Comment